Wednesday 8 June 2016

MENUAI BUAH SAWIT



                                                                         



                                                                                 


Penuaian ialah proses mengambil buah matang (Buah Tandan Segar) untuk mengekalkan kualiti minyak sawit dan kernel. BTS perlu dihantar ke kilang dalam masa 24 jam untuk mengurangkan peningkatan ‘Free Fatty Acid’ yang mana akan mengurangkan kualiti minyak yang akan diperah. Pokok kelapa sawit akan mengeluarkan hasil yang maksimum apabila menjangkau usia 8 tahun penuaian sehingga usia 12 tahun. Walau bagaimanapun, pengeluaran buah akan menurun bila mana memasuki usia 14 tahun penuaian.


Penuai akan menuai BTS di ‘task’ masing-masing seperti yang telah dipersetujui semasa memilih undi dan mengutip biji lerai pada masa yang sama. BTS yang telah dituai akan dikumpulkan di platform buah menggunakan kereta sorong yang dibekalkan oleh pihak ladang. BTS tersebut akan di angkut kedalam traktor mini oleh ‘loader’ dan dikumpulkan kedalam traktor yang diletakkan di jalan utama. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada traktor masuk kedalam jalan subsidari dan ini boleh menyebabkan kerosakan jalan tersebut


Tahap Buah Masak Buah Tandan Segar (BTS) boleh dikira masak apabila buah bertukar warna daripada warna gelap kepada warna oren kemerah-merahan atau terdapat sekurang-kurangnya sebiji biji lerai daripada soket tandan. Pada peringkat ini, BTS sudah boleh dituai kerana buah berada pada tahap masak yang optimum dan kadar perahan minyak akan tinggi. Walaubagaimanapun, tahap kemasakan buah bergantung kepada sesebuah syarikat.




No comments:

Post a Comment

Copyright © Lui Angkut Designed by azhafizah.com