Wednesday 8 June 2016

MENGANGKUT BUAH TANDAN SEGAR ( BTS ) KE KILANG

           

           
                                               
                                                                                                                                                                                     
Mengangkut buah tandan segar (bts) ke kilang ia proses memastikan tandan yang masak dan mengkal sahaja di hantar ke kilang . Ini bertujuan untuk mempertingkatkan mutu buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang , untuk mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia ,
untuk mempertingkatkan kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di kilang ,
  untuk menentukan pembekal dan pengilang mendapat pulangan yang setimpal dan untuk mengelakkan daripada di kenakan penalti sekiranya menghantar buah yang masih muda dan belum masak .

Klasifikasi Tandan:

Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

Tandan Masak

Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam .


No comments:

Post a Comment

Copyright © Lui Angkut Designed by azhafizah.com