Monday 29 August 2016

PROGRAM BANTUAN RUMAH ZAKAT PERNIAGAAN TELAH SIAP



Setelah hampir 2 bulan lebih para pekerja menyiapkan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut. Kini , semua nya telah siap di bina . Rumah  PROGRAM BANTUAN RUMAH ZAKAT PERNIAGAAN BANK RAKYAT telah siap sepenuh nya .





Read More

PEMASANGAN PINTU RUMAH



                    Sehubungan dengan itu , pemasangan pintu kayu keras giat di jalankan . Pemasangan                           pintu tersebut mengambil masa hampir setengah hari .



                      Pemasangan pintu bilik air pun sudah siap di pasang. Kemajuan kerja kini 90 peratus.


Read More

PEMASANGAN SINKI DAN PROSES PENGECATAN




                          Pemasangan pili air di bilik air telah pun siap di pasang pada minggu berikut nya.




                     Kemajuan bagi pembinaan rumah tersebut hampir 89 peratus .   Bahagian dalam rumah ,                      hampir siap di bina . Malah proses mengecat rumah dilakukan dengan sempurna .


Read More

Monday 8 August 2016

PROSES MENYIMEN BAHAGIAN DALAM RUMAH



Pada minggu yang ke lapan , proses menyimen bahagian dalam rumah sedang di lakukan.



 Kemajuan kerja pembinaan rumah tersebut kini hampir 86 % .



Read More

Proses menyimen rumah




Proses menaik batu bata kini siap sepenuh nya . Malah atap rumah juga telah dinaikkan. Proses pembinaan rumah tersebut berjalan dengan sangat lancar.



      Kini , proses menyimen bahagian seluruh rumah sedang giat di jalan kan. 



 
Read More

Kerja-kerja menaik baru bata



Pada minggu yang seterus nya ,kerja –kerja menaik batu bata berjalan seperti yang telah di tetapkan. Setiap ukuran amat memainkan peranan kerana ukuran yang salah menyebabkan kos bertambah dan pembaziran batu bata.






Read More

Proses pembikinan kerangka rumah


Pada minggu kedua , kerja-kerja membuat kerangka rumah sedang di jalan kan . Ukuran haruslah tepat  bagi memastikan kerangka rumah berada dalam keadaan tegap .





Read More

Kerja-kerja asas pembuatan tapak rumah



    Pada minggu yang pertama ,kerja –kerja membuat tapak rumah giat di jalankan .



Sebagai pengurus dalam pembinaan rumah tersebut ,saya turut hadir ke tapak pembinaan bertujuan untuk mengikuti perkembangan pembinaan rumah itu agar berjalan dengan lancar .

Read More

PEMBINAAN PROJEK PERUMAHAN MISKIN TEGAR



Proses pembinaan Projek Perumahan Miskin Tegar (PPRT) .

13 DESEMBER 2015 , bermula kerja – kerja pembinaan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) yang di laksanakan oleh SYARIKAT LUI ANGKUT ENTERPRISE. Keperluan barang bagi membuat rumah juga  siap di sediakan .




                                                                      






Read More

Thursday 9 June 2016

PEMBERSIHAN POKOK DAN LORONG TUAI





Pemangkasan (pruning)

 Objektif  ;

Memaksimakan bilangan pelepah dan daun untuk proses penghasilan makanan pokok.
Memastikan kawasan disekeliling bulatan pangkal pokok bersih dari pelepah kering/mati(sanitation) Mengurangkan risiko perosak tanaman (tikus)
Kaedah Memangkas hanya pelepah kering pada tahun ke 3 usia pokok.
• Bendasing disekeliling pangkal pokok hendaklah dibersihkan.


Read More

Wednesday 8 June 2016

MENGANGKUT BUAH TANDAN SEGAR ( BTS ) KE KILANG

           

           
                                               
                                                                                                                                                                                     
Mengangkut buah tandan segar (bts) ke kilang ia proses memastikan tandan yang masak dan mengkal sahaja di hantar ke kilang . Ini bertujuan untuk mempertingkatkan mutu buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang , untuk mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia ,
untuk mempertingkatkan kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di kilang ,
  untuk menentukan pembekal dan pengilang mendapat pulangan yang setimpal dan untuk mengelakkan daripada di kenakan penalti sekiranya menghantar buah yang masih muda dan belum masak .

Klasifikasi Tandan:

Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

Tandan Masak

Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam .


Read More

MENUAI BUAH SAWIT



                                                                         



                                                                                 


Penuaian ialah proses mengambil buah matang (Buah Tandan Segar) untuk mengekalkan kualiti minyak sawit dan kernel. BTS perlu dihantar ke kilang dalam masa 24 jam untuk mengurangkan peningkatan ‘Free Fatty Acid’ yang mana akan mengurangkan kualiti minyak yang akan diperah. Pokok kelapa sawit akan mengeluarkan hasil yang maksimum apabila menjangkau usia 8 tahun penuaian sehingga usia 12 tahun. Walau bagaimanapun, pengeluaran buah akan menurun bila mana memasuki usia 14 tahun penuaian.


Penuai akan menuai BTS di ‘task’ masing-masing seperti yang telah dipersetujui semasa memilih undi dan mengutip biji lerai pada masa yang sama. BTS yang telah dituai akan dikumpulkan di platform buah menggunakan kereta sorong yang dibekalkan oleh pihak ladang. BTS tersebut akan di angkut kedalam traktor mini oleh ‘loader’ dan dikumpulkan kedalam traktor yang diletakkan di jalan utama. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada traktor masuk kedalam jalan subsidari dan ini boleh menyebabkan kerosakan jalan tersebut


Tahap Buah Masak Buah Tandan Segar (BTS) boleh dikira masak apabila buah bertukar warna daripada warna gelap kepada warna oren kemerah-merahan atau terdapat sekurang-kurangnya sebiji biji lerai daripada soket tandan. Pada peringkat ini, BTS sudah boleh dituai kerana buah berada pada tahap masak yang optimum dan kadar perahan minyak akan tinggi. Walaubagaimanapun, tahap kemasakan buah bergantung kepada sesebuah syarikat.




Read More

Tuesday 7 June 2016

Membaja


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                   
                                                                                                                                                                           
Untuk mendapatkan hasil tanaman yang berkualiti , kaedah membaja harus dititik beratkan agar tumbesaran tanaman berjalan lancar serta buah kelapa sawit menjadi seperti yang di kehendaki. Jika hasil buah kepala sawit hanya dicapai kurang dari satu tan sehektar akibat tidak dibuat pembajaan dengan baik. Serangan musuh seperti tikus juga perlu dikawal dengan baik kerana kewujudan tikus yang banyak diladang akan memakan dan merosakan buah-buah masak.

 Aktiviti membaja diladang kelapa sawit dilakukan dengan jadual yang sesuai mengikut keperluan pokok mengikut umur pokok, jenis tanah dan keadaan cuaca dipersekitaran merugikan. Pembajaan kelapa sawit yang tidak betul boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada sebab kehilangan baja melalui air larian pada permukaan dan juga disebabkan oleh proses larut resap.

 Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering atau pun pada musim hujan membolehkan perkara ini berlaku.
                                                                                                                                                                 

Read More

kERJA -KERJA MERACUN RUMPAI


                                                         
                                                                                     

                                                                        


Bermula januari 2013 , Syarikat Lui Angkut Enterprise telah menjalankan kerja-kerja merumput rumpai di sekeliling pokok-pokok sawit .

 Pengurusan Rumpai Tujuan :

 Menghalang penyakit dan serangga.
 Mengurangkan hakisan.
 Mengelakkan persaingan nutrien dan cahaya
 Minima 50% kawasan ladang diliputi kekacang dan mengurangkan pertumbuhan rumpai tak  berfaedah.

Perkara pertama dalam panduan meracun dikebun kelapa sawit adalah memeriksa jenis rumpai yang terdapat diladang dan tahap pertumbuhan rumpai tersebut. Jika didapati rumpai telah mencapai satu tahap yang perlu dikawal, pilih kaedah kawalan yang paling sesuai dijalankan sama ada di kawal dengan kaedah mekanikal dan sebagainya.

Pemilihan jenis racun rumpai disesuaikan dengan jenis rumpai yang hendak dikawal. Terdapat jenis racun rumpai JENIS RACUN PRA-CAMBAH, JENIS RACUN SENTUH dan juga JENIS RACUN SISTEMIK.



Read More

Wednesday 24 February 2016

Visi Dan Misi Lui Agkut

 
Misi Lui Angkut Enterprise

Kepelbagaian
Menjadi syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan 
dan tidak tertumpu kepada satu bahagian sahaja.

 Efisien
Menyediakan perkhidmatan yang cekap ,pantas dan efisien
 agar kualiti kerja dapat di jaga .

  TELUS
Menjalankan perniagaan dengan jujur tanpa ada unsur 
penipuan agar dapat meraih kepercayaan pelanggan 
supaya perniagaan berkembang maju .




Read More

Profile syarikat




Lui Angkut Enterprise telah di tubuhkan pada 31 , Januari 2013 . Ia merupakan perniagaan yang 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan kontraktor binaan , kerja-kerja kejuteraan awam , merancang pembangunan , menyelenggara jentera ,membaja , broning ,menuai  dan  mengangkut.


Lui Angkut Enterprise di uruskan sepenuh nya oleh Mohd Rushidi Bin Shamsudin selaku pengurus dan di bantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan dengan urusniaga dan kerja-kerja yang di jalankan. Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada ,


Lui Angkut Enterprise mampu mengendalikan dan menguruskan kerja yang sebagaimana tempoh yang telah di tetapkan dengan memberi keutamaan kepada mutu kerja yang baik  Lui Angkut Enterprise juga sentiasa mengekalkan prestasi yang terbaik dalam mengendalikan sesuatu urusniaga dan sentiasa berusaha dalam mengendalikan sesuatu urusniga dan sentiasa memperbaiki prestasi syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memeberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan .

Syarikat Lui Angkut Enterprise juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)




Read More

Copyright © Lui Angkut Designed by azhafizah.com