Thursday, 7 November 2019

''KERJA - KERJA MEMBUAT CULVERT'.


''KERJA - KERJA MEMBUAT CULVERT'.


.
Pembetung (ejaannya pembetung bukan pembentung) atau dalam bahasa inggerisnya culvert telah lama digunakan oleh orang purba untuk mengalirkan air. Maksud pembetung ialah saliran air berongga yg digunakan untuk mengalirkan air samada air bersih atau kumbahan.
.

 Apabila pembentung ini melalui bawah jalan, ia bukan sahaja terpaksa menanggung beban tanah di atasnya, malahan beban kenderaan di atasnya ini memerlukan rekaan pembetung yg kuat.
.

 Dahulu di Malaysia terdpt pembetung diprbuat dr besi dipanggil CMP (Corrugated Metal Pipe) tetapi oleh kerana proses pengaratan yg sering berlaku pembetung konkrit digunakan.


Kekuatan.
Salah satu kelebihan konkrit adalah kekuatannya boleh dikira berdasarkan kegunaannya biasanya terdpt 3 jenis kekuatan yg biasa digunakan. Rendah, Sederhana dan Tinggi seperti sy katakan tadi pemilihan bentuk pembetung adalah berdasrkn kegunaannya, biasanya kalau pembetung itu akan lalu di bawah jalan utama ia akan menggunakan pembetung gred tinggi, kalau lalu di bwh jln biasa ia akan menggunakan pembetung gred sederhana, jika tiada jalan di atasnya biasanya pembetung gred rendah...

Saiz.
Saiz pembetung dalam pasaran adalah bermula dari 300mm diameter sehingga ke 1800 diameter. Bagaimana menentukan kaedah memilih saiz adalah berdasarkan kpd isipadu air yg akan melaluinya.
.
Jenis paip.
Pembetung yg biasa digunakan adalah pembetung bulat/paip kerana ia boleh mengalirkan air samada ketika air banyak atau air sedikit ini berbeza dengan pembetung kekotak, ia cuma baik mengalirkan air sewaktu air banyak.
.
Cc to Civilization Simplified Civil Engeneering
.

No comments:

Post a Comment

Copyright © Lui Angkut Designed by azhafizah.com