Membina tembok pagar Surau
Tiang merupakan salah satu komponan kerangka struktur. Tujuan tiang dibina supaya dapat menanggung beban daripada lantai dan beban ini dipindahkan kepada asas tapak. Keselamatan bangunan biasanya bergantung kepada kekuatan tiang itu sendiri. Kebanyakkan kejadian runtuhan bangunan adalah di sebabkan oleh kelemahan di dalam componan tiang itu sendiri. Jadi pembinan tiang ini amat penting di bina mengikut stardard yang telah ditetapkan.
Kerja - kerja menaikkan batu bata sedang di jalankan.
Batu bata ini di ikat dengan mengunakan simen mortar yang terdiri daripada campuran pasir kasar dan simen dengan nisbah 3:1 dan campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati.
Tembok pagar yang Sudah siap di bina Dan Di naikkan batu bata.
Plaster atau Pelepaan dinding boleh dijalankan pada selepas siap ikat bata.
Plaster ada dua jenis, 1) kasar, 2) licin. Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur).
Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur. Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah.
Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja)